top of page

Sentuhan Kasih Wanita UPKO Kota Belud Di Kg. Lahanas Sokid Kukuhkan Hubungan Komuniti

  • nabalunews
  • Sep 24
  • 1 min read

ree

24 September 2025


KOTA BELUD: Wanita United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) Bahagian Kota Belud telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih di Kampung Lahanas Sokid, Kota Belud sebagai inisiatif memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.


Seramai sembilan Ahli Jawatankuasa Wanita UPKO Bahagian Kota Belud terlibat dalam program berkenaan, disertai oleh 20 orang ahli Wanita dari Cawangan Kg. Lahanas Sokid yang diketuai oleh Datin Saniah Tuak. Turut mengiringi rombongan ialah Ketua Molohingon UPKO Bahagian Kota Belud, Jaintin Molondoi.


Program ini menekankan nilai kebersamaan dan kepedulian sosial dengan memberi perhatian kepada keperluan masyarakat luar bandar. Ia juga menjadi platform memperkenalkan peranan aktif Wanita UPKO dalam membina jaringan sokongan bersama komuniti di peringkat akar umbi.


Sebelum berangkat pulang, AJK Wanita UPKO Bahagian bersama Ketua Wanita sempat menyantuni penduduk kampung dengan membeli hasil jualan tempatan sebagai sokongan kepada ekonomi komuniti setempat. Pendekatan ini mencerminkan semangat keprihatinan dan komitmen UPKO terhadap pembangunan masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page