top of page

Seorang lagi suspek gaduh ditahan

  • nabalunews
  • Mar 21
  • 1 min read

21 Mac 2025


TAWAU: Seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan yang berlaku di Kompleks Sukan Tawau, Isnin lalu, ditahan polis.


Lelaki berusia lingkungan 21 tahun itu berjaya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) l, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak ditahan hasil maklumat awal dari penangkapan suspek sebelum ini.



Katanya, dengan dipandu arah oleh suspek, serbuan dijalankan terhadap sebuah rumah tidak bernombor.


“Hasil serbuan, polis menemui helmet motosikal yang disyaki digunakan dalam insiden pergaduhan berkenaan.


“Suspek bersama barang rampasan terus dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alat berbahaya.


“Jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page