top of page

Seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kg Merakau, Ranau

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

5 Jun 2025


RANAU: Seorang lelaki cedera parah selepas kereta jenis Isuzu Dmax yang dipandunya terbabas ke tepi jalan di Jalan Merakau, Kampung Merakau, Ranau, pada malam Isnin.


Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan 'Rescue Tools' selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11:10 malam.


Komander Operasi, PBK II Mastin Bin Suli, berkata pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 11:10 malam dan segera menjalankan operasi menyelamat.


"Mangsa, seorang lelaki, telah dikeluarkan dan diserahkan kepada ambulans KKM untuk dihantar ke Hospital Ranau bagi menerima rawatan lanjut," katanya.


Operasi itu selesai pada pukul 12:26 pagi setelah memastikan tiada lagi ancaman di lokasi kejadian. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah.


Dalam operasi tersebut, seramai tujuh anggota bomba terlibat, dengan lima anggota daripada jentera FRT dan dua anggota dari EMRS. Pihak KKM turut terlibat dalam memberi rawatan segera kepada mangsa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page