top of page

Seorang lelaki tempatan dipenjara 30 bulan dan denda RM8,000.00 kerana menipu

  • nabalunews
  • Jan 22
  • 1 min read



22 Januari 2025


Oleh Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Hari ini Mahkamah Sesyen Keningau menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan dan denda RM8,000 terhadap seorang lelaki tempatan atas tiga kesalahan kes penipuan.


Hakim Mahkamah Sesyen Keningau, Ahmad Fairuz Mohamad Puzi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Paironi Belasius 40 tahun, selepas beliau mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menipu dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan dan denda RM1,500.


Sementara itu bagi pertuduhan kedua tertuduh dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan RM4,000 manakala bagi pertuduhan ketiga tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM2,500.


Jika tertuduh gagal membayar denda 3 pertuduhan itu tambahan 3 bulan penjara setiap satu pertuduhan.


Bagi kes pertama (Tambunan/Rpt/854/2022) tertuduh memperdayakan mangsa dengan urusan ubahsuai rumah yang tidak wujud (bersemuka) melibatkan kerugian RM 1,500.


Semantara itu bagi kes kedua (Tambunan/Rpt/879/2022) tertuduh menipu tawaran barang binaan rumah yang tidak wujud (bersemuka) melibatkan kerugian mangsa RM 4,200.


Manakala kes ketiga (Tambunan/Rpt/863/2022) tertuduh menipu tawaran barang binaan rumah yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM 2750.


Modus operandi tertuduh adalah dengan menawarkan urusan penjualan peralatan membina rumah dan pembinaan rumah mangsa dengan bayaran lebih murah yang dibuat mangsa secara tunai dan atas talian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page