top of page

Seorang Maut, Dua Selamat Dalam Insiden Lemas Di Pantai Pohon Batu, Labuan

  • nabalunews
  • Oct 9
  • 1 min read

ree

9 Oktober 2025


LABUAN: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika memukat ikan bersama abang dan rakannya dalam kejadian di pantai Kampung Pohon Batu, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, dua lagi mangsa dilaporkan selamat dan masih menerima rawatan di Hospital Labuan.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.11 malam.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai terus digerakkan ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Sebaik tiba, pasukan operasi, mendapati ketiga-tiga mangsa sudah dibawa naik ke tepi pantai oleh orang awam.


“Dua daripada mereka tidak sedarkan diri manakala seorang lagi masih sedarkan diri namun berada dalam keadaan lemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Labuan kemudian menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan bantuan lanjut.


“Seorang mangsa lelaki berusia 53 tahun dihantar ke Hospital Labuan menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan.


“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan seorang lagi mangsa lelaki berusia 50 tahun sudah meninggal dunia,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala seorang lagi mangsa pengsan dilaporkan stabil dan sudah dihantar ke Hospital Labuan untuk rawatan susulan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page