SESB komited selesaikan masalah bekalan elektrik – Madius
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SESB komited selesaikan masalah bekalan elektrik – Madius


3 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang kian merisaukan penduduk di Sabah.


Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, masalah ini sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak, termasuk kerajaan Persekutuan melalui Tenaga Nasional Bhd (TNB), kerajaan Sabah, SESB, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat di akar umbi.


"Pengalaman masa lalu memberi pengajaran kepada kita supaya semua pihak berkepentingan bekerjasama dan mengambil sikap menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah," katanya dalam satu

kenyataan.


Ujar Madius, beliau dan keluarganya juga pengguna elektrik, dan apa yang pengguna rasai, mereka juga merasai.


"Sebab itu perasaan kami merupakan sebahagian daripada nadi rakyat, yang sudah tentu beraspirasi agar masalah bekalan elektrik di Sabah dapat diselesaikan dengan segera," katanya.


Madius juga menyatakan, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mengatasi masalah ini, terutama di kawasan pantai timur Sabah.


Antara inisiatif besar ialah projek penjanaan kuasa eletrik 300 megawat menggunakan arang batu di Lahad Datu suatu ketika dahulu, namun kerajaan negeri membatalkannya atas tentangan dan desakan hebat oleh pihak NGO.


"Syukurlah kita sekarang ada grid timur-barat iaitu dari Penampang ke Sandakan dan dengan itu, bolehlah kita menghantar kuasa eletrik dari pantai barat ke pantai timur. Jika tidak, masalah bekalan di pantai timur akan bertambah buruk," katanya.


Beliau juga berharap penduduk Sabah bertenang dan tidak beremosi tinggi menghadapi isu ini, sebaliknya bersama kerajaan dan SESB mencari penyelesaian.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page