top of page

Shahelmy seru belia Putatan terokai arus AI seiring kemodenan teknologi terkini

  • nabalunews
  • 8h
  • 2 min read

SHAHELMY (tengah) bergambar kenangan bersama peserta program terbabit.
SHAHELMY (tengah) bergambar kenangan bersama peserta program terbabit.

8 November 2025


PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya menyeru golongan belia di Putatan supaya meneroka arus teknologi seperti penggunaan kecergasan buatan (A.I) seiring dengan kemodenan teknologi terkini.


Beliau berkata, zaman semakin canggih, dengan adanya industri A.I dan lain-lain, tuntutan kerjaya di masa hadapan juga berdepan dengan kebolehan kita menguasai industri-industri teknologi seperti ini.


"Mengambil contoh A.I dan ChatGPT misalnya, kebanyakkan ia diguna pakai dalam banyak industri...jadi saya berharap anak-anak muda kita di Putatan juga tidak ketinggalan dalam menguasainya kerana ia semakin berkembang dari semasa ke semasa, "katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya bersempena perasmian Progran Motivasi dan Kerjaya bersama Belia Parlimen P173 Putatan, di Hotel Pan Borneo, Putatan, pada Jumaat.


Shahelmy juga menyeru para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM, STPM di daerah Putatan diminta meningkatkan iltizam serta keyakinan diri sebelum beranjak ke menara gading dan meneroka bidang boleh pasaran di masa hadapan.


Beliau berkata, disiplin merancang selain fokus kepada lulus peperiksaan yang dihadapi adalah elemen penting sebelum merealisasikan impian masing-masing.


Katanya, penyediaan infrastruktur secara kondusif melibatkan sekolah-sekolah di peringkat Parlimen Putatan yang mana ia menjadi pendekatan holistik ini mampu mewujudkan persekitaran selesa serta meningkatkan motivasi di kalangan pendidik dan pelajar.


"Bagi pihak kita, penyediaan dan bantuan kepada mana-mana sekolah sentiasa diutamakan kerana kami percaya agenda pendidikan menjadi teras utama kepada rakyat di Putatan untuk berjaya menembusi ke peringkat luar.


"Sehubungan itu, buat para pelajar yang akan menamatkan bangku sekolah, kita berpesan supaya fokus untuk lulus dan kemudiannya merancang mana-mana bidang diminati, boleh pasaran dan kemudiannya kembali menyumbang kepada komuniti di Putatan dengan profesion masing-masing, "katanya.


Kira-kira 300 para belia yang terdiri daripada pelajar STPM di sekitar Putatan menghadiri program tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page