SIE 2026 dijangka perkukuh ekosistem pelaburan Sabah
- nabalunews
- 33 minutes ago
- 1 min read

23 Februari 2026
KOTA KINABALU: Expo Antarabangsa Sabah (SIE) 2026 dijangka memperkukuh ekosistem pelaburan negeri ini menerusi penyertaan pelabur serta pemain industri dari dalam dan luar negara, sekali gus memperluas rangkaian kerjasama strategik merentasi pelbagai sektor.
Penasihat Persekutuan Industri Sabah (FSI), Datuk Seri Wong Khen Thau berkata, SIE 2026 yang dijadual berlangsung pada 4 hingga 6 September depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), merupakan sebahagian usaha berterusan menarik kemasukan pelabur ke Sabah.
Katanya, ekspo berkenaan bukan sahaja dijangka memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelaburan strategik, malah berpotensu membuka peluang jaringan perniagaan antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.

"Ekspo tersebut bukan sahaja menjadi medan pameran produk dan perkhidmatan, malah berfungsi sebagai platform padanan perniagaan, perkongsian teknologi serta pertukaran idea yang mampu merangsang pertumbuhan sektor perindustrian negeri.
"SIE 2026 memberi peluang kepada penggiat industri Sabah untuk memperluas pasaran di samping menarik minat pelabur terhadap pelbagai sektor berpotensi termasuk pembuatan, teknologi, logistik dan perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa, pada Isnin.
Wong yang juga Presiden Kehormat FSI memaklumkan kunjungan itu bertujuan menjemput Tun Musa merasmikan SIE 2026 selain memberi taklimat mengenai aktiviti semasa serta peranan FSI dalam menyokong pembangunan sektor perindustrian di Sabah.















Comments