top of page

Simulasi Jatuhan Patung Di Lokasi Kejadian Esok

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

10 September 2025


KOTA KINABALU: Prosiding inkues melibatkan kes Zara Qairina Mahathir akan menyaksikan simulasi jatuhan patung (mannequin) di lokasi kejadian, esok.


Peguam mewakili remaja tertuduh, Joan Goh berkata, pihaknya akan membawa mannequin yang lebih hampir dengan keadaan fizikal Zara Qairina iaitu melibatkan ketinggian dan berat sama.


Katanya, permohonan untuk membawa mannequin itu telah diluluskan oleh Mahkamah Koroner dan mereka percaya ia akan membantu prosiding inkues kes berkenaan.


“Kami akan menyesuaikan berat yang diperlukan bagi memastikan ia menyerupai keadaan sebenar.


“Simulasi akan dilakukan di blok asrama sekolah tempat arwah ditemui sebelum ini, dengan beberapa ujian berbeza bagi mendapatkan gambaran lebih jelas,” katanya.


Beliau ketika ditemui media selepas selesai prosiding inkues kematian Zara di Mahkamah Koroner, hari ini.


Joan yang sebelum diberikan peranan pihak berkepentingan dalam prosiding inkues berkata, dua ujian utama akan dilaksanakan iaitu jatuhan pertama tanpa tolakan dan kedua dengan sedikit tolakan.


“Tujuannya untuk menunjukkan perbezaan jarak. Jika ditolak, apa jauhnya, dan jika dilepaskan tanpa tolakan, apa pula jaraknya,” katanya.


Joan berkata, ujian tambahan turut dijalankan dengan mengenakan mannequin dengan pakaian tracksuit dan t-shirt nipis dan berat sekitar 53 kilogram serta ketinggian 154 sentimeter, hampir menyamai keadaan sebenar arwah.


Prosiding di hadapan Koroner Shah Amir Hassan itu akan bersambung esok di lokasi kejadian sebelum kembali ke mahkamah untuk mendengar keterangan Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page