top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sistem Aduan Suri KPDN permudah pengurusan aduan pengguna seluruh negara


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Fuziah Salleh

3 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


LABUAN: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Fuziah Salleh berkata, Sistem Aduan Suri KPDN akan memudahkan pengurusan aduan pengguna di seluruh Malaysia.


Jelas Fuziah, sistem tersebut akan membolehkan pengadu untuk mengimbas Kod QR dan aduan akan terus disalurkan ke aplikasi Whatsapp aduan KPDN.


Beliau berkata, "Kementerian mengambil langkah untuk melancarkan semula atau 'repromoting' saluran-saluran aduan kepenggunaan sedia ada dengan menambah baik sistem aduan agar lebih mesra pengguna.


“Penjenamaan semula semua platform aduan ini diharap dapat disebar luas manfaatnya kepada seluruh masyarakat Malaysia."


Ujar Fuziah, Sistem Aduan Suri ini berfokus pada suri rumah tangga, yang sering berurusan dengan pembelian barang keperluan secara harian, dan sering berdepan dengan masalah kenaikan harga dan kekurangan bekalan.


Tambah beliau lagi, sejak pelancarannya, aplikasi tersebut telah menerima 1,422 aduan sehingga 28 Februari 2023, dan 666 pengadu adalah wanita.


Sistem Aduan Suri merupakan satu langkah penting bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk memastikan kepuasan pelanggan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.


Beliau mengharapkan bahawa sistem ini akan memberikan manfaat yang luas kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Comments


bottom of page