top of page

Sistem pendigitalan rekod pesakit di Hospital Duchess of Kent Sandakan dilaksana menjelang tahun 2026

  • nabalunews
  • Nov 7, 2024
  • 1 min read


7 November 2024


SANDAKAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan untuk melaksanakan "Satu Individu, Satu Rekod" melalui reformasi pendigitalan rekod pesakit berasaskan pengkomputeran awan "sedia pakai" (off-the-shelf cloud-based EMR) di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan fasiliti hospital lain di Sabah.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata menerusi sistem pendigitalan ini ia juga kelak memudahkan carian berkaitan pesakit.


Katanya, KKM mensasarkan pendigitalan rekod pesakit bagi Hospital Duchess of Kent Sandakan bermula seawal tahun 2026.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee di Kamar Khas Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur.


Dalam soalan kepada KKM, Vivian mahu kementerian itu menyatakan apakah perancangan pihak KKM dalam memastikan rekod pesakit yang lebih sistematik antaranya melalui pendigitalisasi.


Katanya, HDOK Sandakan juga ketika ini berhadapan cabaran besar dimana kebanyakan rekod pesakit masih disimpan secara manual dan menyebabkan pesakit perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page