- nabalunews
SK Kaung terus komited capai kecemerlangan akademik
27 September 2024
KOTA BELUD: Penataran Intervensi Kurikulum dan Dialog Prestasi Pertengahan Tahun Sesi Akademik 2024/2025 Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud yang berlangsung pada baru-baru ini bertujuan memastikan kemajuan akademik murid di SK Kaung sentiasa berada pada tahap yang baik dan memuaskan.
Acara ini yang dihadiri oleh seramai 50 orang ibu bapa dan guru, serta 74 orang murid adalah untuk memberikan penerangan mengenai Intervensi Kurikulum kepada ibu bapa dan penjaga, serta membincangkan prestasi pertengahan tahun murid-murid melalui dialog yang diadakan. Selain itu, slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi pertengahan tahun juga telah diserahkan kepada murid-murid yang hadir.
Acara yang diadakan di Dewan Terbuka SK Kaung, Kota Belud, ini merupakan platform penting bagi pihak sekolah, guru, dan ibu bapa untuk bekerjasama dalam memastikan kemajuan akademik murid di SK Kaung berada di landasan yang tepat dan mencapai prestasi yang diinginkan pihak sekolah dan ibubapa.
Maklumat tambahan atau perbincangan lain yang relevan dengan prestasi murid turut diutarakan bagi memperkukuhkan usaha ke arah pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Comments