top of page

SKM dan 7 Koperasi hulur bantuan CSR bernilai RM152,100 kepada mangsa banjir Kadamaian dan Penampang

  • nabalunews
  • Oct 3
  • 2 min read

ree

3 Oktober 2025


KOTA BELUD: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan tujuh koperasi dari Wilayah Persekutuan menghulurkan sumbangan berjumlah RM152,100 kepada mangsa banjir di kawasan Kadamaian dan Penampang menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Koperasi.


Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, di Dewan Tamu Desa Kg Sumbilingon, di sini, hari ini.


Bantuan yang disalurkan merangkumi bakul makanan, pakaian sekolah serta pelbagai peralatan termasuk gasoline water pump, water jet, kanvas, tangki air dan sampan.

ree

“Sebahagian daripada sumbangan telah diagihkan lebih awal kepada mangsa banjir di Penampang.


“Antara koperasi yang terlibat dalam Program CSR ialah Koperasi Ladang Berhad, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Koperasi Generasi Felda Baru Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad dan Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.


Ewon merakamkan penghargaan kepada SKM dan gerakan koperasi atas keprihatinan mereka membantu masyarakat setiap kali berlakunya bencana.

ree

“Saya berbangga melihat penglibatan SKM dan gerakan koperasi yang sentiasa terkehadapan membantu rakyat negara ini ketika berdepan bencana seperti banjir dan tanah runtuh.


“Bagi pihak mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan,” katanya.


Katanya lagi, program CSR koperasi bukan sahaja dilaksanakan di Sabah, malah di seluruh negara apabila berlaku insiden atau musibah bencana.

ree

“Bantuan CSR koperasi ini mencerminkan identiti gerakan koperasi yang bukan sahaja membantu ahli, tetapi juga masyarakat setempat.


“Saya berharap komitmen dan keprihatinan ini dapat dicontohi oleh koperasi lain serta syarikat-syarikat lain untuk turut sama melaksanakan kebaikan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.


Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif bersama SKM dan koperasi bagi meringankan beban penduduk yang terjejas serta membantu koperasi yang turut mengalami kerugian akibat kerosakan infrastruktur dan kehilangan aset penting akibat bencana banjir tahun ini.

ree

Turut hadir Pengerusi SKM Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal, pegawai kanan SKM dan pengerusi-pengerusi koperasi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page