top of page

SKM dan YBR laksanakan program CSR di SK Poring-Poring, Inanam

  • nabalunews
  • Sep 26, 2024
  • 1 min read


26 September 2024


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Yayasan Bank Rakyat (YBR) meneruskan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan penyampaian bantuan bagi menjayakan program gotong royong membina gelanggang petanque dan bantuan beg sekolah kepada 46 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Poring-Poring, Inanam.


Penyerahan sumbangan CSR SKM disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook yang juga Ahli Lembaga Pengarah SKM bertempat di SK. Poring-Poring, Inanam, baru-baru ini.


Turut hadir, wakil SKM, Puan Yasmin. Sumbangan CSR oleh SKM adalah berupa satu set bola petanque, empat buah khemah dan 15 bakul makanan.

Manakala sumbangan CSR daripada YBR berbentuk bantuan beg sekolah yang disampaikan kepada 46 orang murid SK Poring-Poring. Sumbangan ini juga disempurnakan oleh Datuk Wong Thien Fook bagi pihak YBR.


Program ini bertujuan untuk menggalakkan semangat gotong-royong dalam kalangan komuniti sekolah dan pada masa yang sama, meringankan beban keluarga murid-murid yang memerlukan. Bantuan yang diberikan diharap dapat menyokong pembelajaran murid-murid dan menceriakan mereka dalam menjalani kehidupan persekolahan.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page