top of page
  • Wartawan Nabalu News

SKM hulur sumbangan zakat kepada lima rumah anak yatim


Ewon menyampaikan sumbangan zakat kepada wakil penerima.

18 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM10,000 kepada lima buah rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan selangor, sempena Majlis Iftar SKM, di Menara SKM, di sini, hari ini.


Sumbangan sebanyak RM2,000 setiap rumah kebajikan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada majlis itu.


Penerima sumbangan itu ialah Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, Pusat Jagaan Raudhatul Nurr Jannah Gombak, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur, Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor dan Maahad Tahfiz Al - Ansar.

Ewon melancarkan video raya SKM.

“Semoga melalui sumbangan zakat ini dapat membantu meringankan beban dan anak-anak yatim akan dapat menyambut lebaran dengan perasaan gembira,” kata Ewon.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha Kuskop Dato Seri Suriani Ahmad dan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Umar Sarim Saidin.

Ewon menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis itu.

Sementara itu Umar Sarim berkata Program Iftar Ramadan itu merupakan inisiatif SKM untuk merai anak-anak kurang berkemampuan dan mengeratkan mengukuhkan perpaduan dikalangan warga SKM.


Pada majlis itu Ewon turut melancarkan video raya SKM.

bottom of page