top of page
nabalunews

SKM Sabah sampaikan sumbangan kepada Surau Nurhidayah



22 November 2024


SEPANGGAR: Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Wong Thien Fook, menyampaikan sumbangan kewangan kepada Surau Nurhidayah, Kampung Darau Laut, Manggatal, Rabu lalu.


Sumbangan berkenaan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Surau, Mohd Din Kati, sambil disaksikan oleh Ketua Kampung Darau, Jati Ejan, yang turut berperanan sebagai penasihat Surau Nurhidayah.


Wong yang juga Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar, menyatakan harapan agar sumbangan ini dapat menyokong usaha pengurusan dan pembangunan surau, seterusnya meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan penduduk setempat.


Menurut beliau, sokongan terhadap institusi keagamaan seperti surau adalah penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.


Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Pengarah SKM Sabah, Efendee O.P Andu, Naib Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, Mohd Tahir Suhod serta Ketua Pemuda UPKO Sepanggar, Fardy Bungga.

Comments


bottom of page