top of page

SKMM bendung video ajaran sesat di media sosial

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6, 2023
  • 1 min read

6 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengambil langkah-langkah untuk mengawasi dan menyekat penyebaran video berunsur ajaran sesat di media sosial, termasuk dari negara jiran.


SKMM berkata, mana-mana aduan berhubung penyebaran kandungan berunsur ajaran sesat daripada mana-mana pihak akan dirujuk kepada Jakim untuk penilaian lanjut.


"Malah pada masa yang sama, pihak SKMM sentiasa bersedia untuk memberi bantuan teknikal berdasarkan permohonan daripada pihak Jakim," kata kenyataan itu pada Selasa.


Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, kerjasama SKMM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis-majlis agama negeri adalah penting untuk mengenal pasti dan mengekang bahan-bahan yang boleh menimbulkan fitnah, penipuan dan ajakan sesat.


"Kerajaan akan memastikan bukan sahaja penularan disekat, tetapi mereka yang terbabit dalam penularan itu juga boleh diambil tindakan," katanya.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page