SKMM rakam keterangan individu muat naik kandungan jelik
- nabalunews
- Jul 1, 2025
- 1 min read

1 Julai 2025
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam keterangan seorang individu susulan kandungan jelik bersifat perkauman yang dimuat naik di platform media sosial miliknya.
SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia dipercayai merujuk kepada pelantikan seorang Leftenan Jeneral baharu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini, dengan naratif perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta menggugat perpaduan dan keharmonian negara.
"Individu terbabit telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan. SKMM turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping kad SIM bagi membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
SKMM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum, agama dan institusi diraja (3R), terutamanya yang boleh memecahbelahkan masyarakat serta menggugat keharmonian awam.
"SKMM kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia," menurut suruhanjaya itu.
Media sebelum ini melaporkan Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah sebagai pegawai kanan berbangsa Cina pertama dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral ATM.















El juego del globo casino ofrece una experiencia única y divertida para los amantes de los casinos online. Con gráficos atractivos y premios emocionantes, es ideal para quienes buscan entretenimiento y buenas oportunidades de ganar. ¡Vale la pena probar este juego en plataformas confiables!