top of page

Skuad Sepak Takraw Wanita Sabah raih pingat emas dalam Sukma 2024

  • nabalunews
  • Aug 17, 2024
  • 1 min read



17 Ogos 2024

 

BINTULU: Pasukan sepak takraw wanita Sabah sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam arena sukan kebangsaan dengan menjuarai pingat emas setelah menewaskan Sarawak 3-0 dalam perlawanan terakhir liga sepusingan Sukma 2024.

 

Kejayaan ini membolehkan Sabah mengutip keseluruhan lapan mata, sekaligus mengungguli saingan yang berlangsung di Stadium Muhibbah di Bintulu, Sarawak.

 

Dalam perlawanan tersebut, Regu A, B, dan C Sabah mempamerkan prestasi cemerlang, memastikan kemenangan emas untuk negeri itu.

 

Dengan pencapaian ini, Sabah terus diakui sebagai salah satu pasukan terkuat dalam sukan sepak takraw peringkat kebangsaan. Pada edisi Sukma 2022, pasukan wanita Sabah turut merangkul tiga emas dalam kategori beregu, regu, dan quadrant, mengukuhkan lagi status mereka sebagai juara bertahan.

 

 

 
 
 

1 Comment


Rocket Goal
Rocket Goal
May 06

Congratulations to the Sabah women's squad, it's great that they consistently showed champion performance in sepak takraw. In my free time, I like to play Rocket Goal because it still has a sense of sportsmanship but in a lighter and more fun version.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page