top of page

SLS Tawar Khidmat Guaman Percuma

  • nabalunews
  • Jul 8, 2025
  • 1 min read

Gambar dari Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar dari Jabatan Penerangan Malaysia

8 Julai 2025


KOTA KINABALU: Sabah Law Society (SLS) memberi khidmat kepada masyarakat menerusi inisiatif Klinik Nasihat Guaman Percuma.


Presidennya, Datuk Mohamad Nizam Maduarin berkata, SLS yang merupakan satu-satunya badan yang mengawal selia profesion undang-undang di negeri ini turut berperanan memantau etika amalan guaman dan aktif menjayakan program berbentuk kemasyarakatan.


“Salah satu inisiatif utama program tanggungjawab sosial korporat ialah Klinik Nasihat Guaman Percuma yang diadakan setiap hari Sabtu jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di sekretariat kami di Tingkat 6, Menara MAA.

Gambar dari Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar dari Jabatan Penerangan Malaysia

''Orang awam boleh hadir secara walk-in tanpa sebarang bayaran dan boleh mendapatkan khidmat nasihat dalam apa jua bidang undang-undang.


''Dua orang peguam sukarelawan ditugaskan setiap minggu untuk mengendalikan sesi konsultasi guaman berkenaan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Isnin.


Kunjungan tersebut bertujuan memberi taklimat aktiviti SLS dan menjemput Tun Musa menghadiri Opening Of The Legal Year Gala Dinner 2026 yang akan diadakan Januari depan.

Gambar dari Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar dari Jabatan Penerangan Malaysia

Menurut beliau, SLS juga terlibat aktif dalam program Mobile Court yang dianjurkan oleh pihak mahkamah dengan membuka kaunter nasihat guaman serta membantu semakan dokumen di lokasi-lokasi terpilih di luar bandar.


SLS asalnya dikenali sebagai Sabah Law Association sejak tahun 1960-an sebelum dinaik taraf menjadi badan berkanun pada 2017 dan kini beroperasi di bawah Advocates Ordinance tersendiri.


Sehingga Januari 2025, seramai 861 peguam didaftarkan dalam amalan guaman swasta di Sabah manakala jumlah keseluruhan ahli SLS mencecah 1,200 orang.-Penerangan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page