top of page

SLU Tambulion Ulu Kukuhkan Kepimpinan, Bentuk Jawatankuasa Khas Kuburan Kristian

  • nabalunews
  • May 25
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


25 Mei 2026


KOTA BELUD: Sesi Libat Urus (SLU) yang menghimpunkan pemimpin kampung dan komuniti Kampung Tambulion Ulu berlangsung dalam suasana muafakat dan semangat kebersamaan, menjadi platform penting untuk memperkasakan struktur kepimpinan akar umbi di kawasan itu.


Program ini turut membuka ruang bagi kerjasama lebih erat antara pemimpin masyarakat dan penduduk demi pembangunan komuniti yang lebih tersusun dan progresif.


Majlis turut dihadiri Ketua Kampung Tambulion Ulu dan Sorob, Pengerusi JKKK Tambulion Ulu bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) JKKK, serta pengerusi jawatankuasa kecil yang mewakili pelbagai sektor komuniti.


Antara yang terlibat ialah Pengerusi KRT, Pengerusi Tagal, Pengerusi Persatuan Belia, Pengerusi Gereja Katolik, Pengerusi Gereja SIB, Pengerusi Kelab NGO Lelaki dan Wanita, Pengerusi Kelab Pemancing, Presiden Persatuan Bada’s Dart, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Blok Padang dan Ketua Blok Melontop.


SLU itu bukan sahaja memperkenalkan fungsi dan peranan setiap jawatankuasa kepada masyarakat, malah turut membincangkan isu semasa serta keperluan komuniti secara terbuka dan fokus. Perbincangan yang berjalan harmoni mencerminkan komitmen semua pihak untuk memastikan setiap suara masyarakat diberi perhatian demi kesejahteraan bersama.


Kemuncak program ialah pembentukan secara rasmi Jawatankuasa Khas Kuburan Kristian Mukim Tambulion, hasil persetujuan sebulat suara peserta.


Dalam pemilihan itu, Cikgu Yamil Suni dipilih untuk memegang jawatan pengerusi. Penubuhan jawatankuasa ini dilihat sebagai langkah proaktif untuk memastikan pengurusan kuburan Kristian di Mukim Tambulion dijalankan secara lebih sistematik, teratur dan berintegriti demi kepentingan jangka panjang komuniti setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page