top of page
  • Wartawan Nabalu News

SME Bank meterai MoU dengan UMK, perkasa PMKS melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat

13 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: SME Bank Malaysia (SME Bank) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui Inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat.


MoU antara SME Bank dan UMK ditandatangani oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail dan Naib Canselor UMK, Prof Dato' Dr. Razli Che Razak di hadapan Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato' Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad.


Aria Putera berkata, MoU itu menggariskan dedikasi antara SME Bank dan UMK untuk memupuk keusahawanan dalam sektor PMKS di negara ini.


"Di SME Bank, kami menyedari pentingnya pendidikan dan kerjasama dalam memupuk pertumbuhan PMKS. MoU ini menandakan usaha kami untuk memanfaatkan kepakaran akademik dan sumber dari UMK untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan sejajar dengan keperluan PMKS yang semakin berkembang.


"Disokong oleh kepakaran yang tidak ternilai CEDAR, anak syarikat milik

penuh SME Bank yang berjaya melatih lebih 80,000 peserta program,


“Kami yakin kerjasama ini akan memacu pembangunan keusahawanan dengan sokongan kepakaran CEDAR, anak syarikat milik penuh SME Bank. CEDAR berjaya melatih lebih 80,000 peserta,” katanya.


Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang komprehensif, termasuk program pendidikan lepasan ijazah dan eksekutif, peluang penyelidikan dan pembangunan kolaboratif, penggunaan kemudahan makmal, program tautan industri, program latihan, pembangunan keusahawanan, dan bantuan pembiayaan.


“SME Bank bersedia menerima kerjasama strategik, memupuk inisiatif dari peringkat akar umbi, dedikasi memperkasakan PMKS dan memupuk kemakmuran ekonomi negara.


Sementara itu, Naib Canselor UMK Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, kerjasama itu adalah bukti dedikasi universiti berkenaan ke arah memupuk ekosistem yang kondusif untuk PMKS berkembang maju.


“Sebagai sebuah universiti keusahawanan dengan tumpuan khusus terhadap pengajian keusahawanan dan perusahaan, UMK komited memperkasakan pemimpin perniagaan masa depan.


“Dengan gabungan tenaga bersama SME Bank, kami menyasarkan untuk melengkapkan usahawan dengan pengetahuan dan ilmu yang diperlukan untuk mengemudi landskap perniagaan dinamik dengan berkesan.


“Kami berbesar hati mengumumkan, kerjasama keempat kami dengan universiti tempatan. Kolaborasi SME Bank sebelum ini dengan UiTM, UniSZA, dan UUM mencerminkan komitmen yang tidak berbelah bahagi kami untuk memperkasa dan memupuk pertumbuhan ekonomi.


Ini menyerlahkan dedikasi kami untuk menggabungkan pengetahuan, pendidikan dan inovasi dengan landskap perniagaan, sejajar dengan mandat utama SME Bank sebagai Institusi Kewangan Pembangunan (DFI),” kata Aria Putera.

Comments


bottom of page