top of page

SMJ Energy Sumbang RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir Sabah

  • nabalunews
  • Sep 18
  • 1 min read

ree

17 September 2025


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata SMJ Energy Sdn Bhd menyumbang RM1 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.


Hajiji berkata, sumbangan tersebut mencerminkan keprihatinan syarikat berkenaan yang menyahut seruan Kerajaan Negeri agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memainkan peranan dalam membantu mangsa bencana.


“Sumbangan ini akan melengkapkan inisiatif Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam membantu mereka yang terjejas akibat banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, dana berkenaan akan disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara berkesan kepada mangsa terjejas.


Banjir yang melanda Sabah merupakan antara terburuk apabila enam daerah diisytiharkan sebagai kawasan bencana iaitu Beaufort, Penampang, Papar, Membakut, Putatan, dan yang terkini Sipitang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page