top of page

SMK Narinang Terima Sumbangan Daripada ADUN Kadamaian

  • nabalunews
  • Jun 5
  • 2 min read

5 Jun 2025


KOTA BELUD: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang, Kota Belud, menerima perhatian dan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menerusi sumbangan bagi keperluan pasukan badminton sekolah tersebut.


Sumbangan tersebut merupakan hasil daripada permohonan rasmi yang dikemukakan oleh Pengetua SMK Narinang, Soo Yong Huat, yang menjelaskan keperluan pihak sekolah untuk memperoleh jersi bagi para peserta dan pegawai bertugas sempena Kejohanan Badminton Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Belud.


SMK Narinang telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2025, bertempat di Dewan SMK Narinang.


Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Shainim Epin, kepada wakil penerima pihak sekolah, Soinah Sudompong.


Soinah, yang mewakili pihak sekolah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ewon atas sumbangan dan sokongan berterusan terhadap program sekolah, khususnya dalam bidang kokurikulum.


Menurut beliau, Ewon sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong institusi pendidikan di kawasan Kadamaian, meliputi sekolah rendah dan menengah, tanpa mengira bentuk aktiviti yang dilaksanakan.


“Sumbangan ini amat bermakna kepada pihak sekolah kerana ia bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan, malah menjadi pendorong kepada pelajar untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan,” katanya.


Pihak sekolah berharap agar penganjuran kejohanan badminton ini bukan sahaja berjaya dari segi teknikal, tetapi turut dapat memperkukuh semangat kesukanan dan kerjasama antara pelajar serta guru-guru dari sekolah menengah sekitar daerah Kota Belud.


Ewon, walaupun tidak berkesempatan hadir secara peribadi, menyampaikan mesej sokongan beliau agar kejohanan tersebut berjalan lancar dan memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah dan potensi murid-murid melalui sukan.


Inisiatif ini menunjukkan hubungan erat antara pemimpin setempat dan institusi pendidikan, serta menunjukkan keprihatinan wakil rakyat dalam memperkasa peranan sekolah sebagai agen pembangunan insan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page