SOP baharu bagi rumah ibadat bukan Islam di Sabah berkuat kuasa 9 April
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SOP baharu bagi rumah ibadat bukan Islam di Sabah berkuat kuasa 9 April



6 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi rumah ibadat bukan Islam berkuat kuasa Sabtu (9 April) ini.


Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata aktiviti keagamaan seperti pemberkatan, perkahwinan, pembaptisan, pengebumian, kelas agama dan aktiviti sosial bergantung kepada kapasiti bangunan dengan penjarakan fizikal satu meter.


"Upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam dibenarkan dari pukul 6 pagi hingga 10 malam.


“Sementara itu, ahli jawatankuasa pengurusan (AJKP) rumah ibadat juga harus mempamerkan notis perlunya umat membawa peralatan sembahyang sendiri.


“Selain itu, mereka juga perlu melakukan kerja-kerja sanitasi 30 minit selepas selesai setiap sesi sembahyang,” katanya.


Jelas Masidi, kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di premis itu melainkan ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah diberi vaksin sepenuhnya.


Beliau juga mengingatkan pemilik premis supaya sentiasa mematuhi SOP.


"Aktiviti sosial seperti kenduri, gotong-royong dan lain-lain dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter," katanya.


Katanya, aktiviti keagamaan di rumah ibadat bukan Islam juga dibenarkan dan setiap individu harus mematuhi SOP ditetapkan, termasuk merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera dan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page