SOP SAMBUTAN KRISMAS AKAN DIKELUARKAN DALAM MASA TERDEKAT
- nabalunews
- Dec 16, 2020
- 1 min read

16 DIS 2020
KOTA KINABALU: Perincian lengkap mengenai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Krismas akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat menerusi laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pihak kerajaan pada dasarnya telah mempersetujui cadangan mengenai SOP berhubung perayaan Krismas yang tidak lama lagi akan menjelang tiba menerusi Mesyuarat Sidang Khas MKN yang diadakan 14 Disember 2020.
“Kementerian Perpaduan Negara menerusi Menteri Perpaduan telah membentangkan secara khusus mengenai SOP ini bagi sebelum, semasa dan selepas perayaan Krismas termasuk aktiviti kunjung-mengunjung.
“Sehubungan itu, perincian lengkap mengenai SOP tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat menerusi web rasmi MKN,” katanya pada sidang akhar, di sini, hari ini.
Komentar