SPR Terima Writ Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16
- nabalunews
- Oct 8
- 1 min read

8 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini, mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, pada 7 Oktober 2025.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pembubaran itu dibuat selaras dengan Perkara 21 Fasal (4) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran berkenaan.
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober 2025 bagi membincangkan tarikh-tarikh penting serta perkara-perkara lain berkaitan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Maklumat lanjut mengenai tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi akan diumumkan selepas mesyuarat khas tersebut diadakan.


















Comments