top of page

SPRM SABAH KESAN LELAKI BAGI SIASATAN KES DOKUMEN PALSU

  • nabalunews
  • Nov 26, 2020
  • 1 min read

26 NOV 2020


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menggunakan dokumen palsu untuk mengeluarkan sijil kelahiran.


SPRM menerusi kenyataan hari ini memberitahu lelaki tersebut Joh Len Santi Apin, 34, mempunyai dua alamat terakhir iaitu Lot 2K 0-9 University Condo Apartment 2, Jalan Kampung Dambai, Menggatal di sini; dan Kampung Vinilai, Kudat.


"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsham Saharom di talian 089-668739 atau 0128677087," menurut kenyataan itu. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page