top of page

SPRM Tahan Ahli Perniagaan Berhubung Darjah Kebesaran Pahang

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

21 Julai 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah untuk mendapatkan darjah kebesaran negeri Pahang.


Individu yang bergelar datuk itu dipercayai menipu seorang lelaki dengan meminta wang sebanyak RM6,000 kononnya untuk mendapatkan gelaran.


Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.


Katanya, suspek disyaki menawarkan bantuan mendapatkan darjah kebesaran bergelar ‘Datuk’ sekitar tahun 2023, sedangkan dia tidak mempunyai sebarang kuasa atau kelayakan untuk berbuat demikian.


“Suspek secara tidak jujur telah mendorong mangsa memindahkan wang kira-kira RM6,000 bagi membeli aksesori pakaian istiadat sebagai kononnya bertujuan untuk mendapatkan darjah kebesaran berkenaan,” katanya.


Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.


Beliau berkata, suspek sudah dibebaskan selepas membayar wang jaminan RM5,000 daripada jumlah keseluruhan jaminan RM10,000.


“Suspek dijangka didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Khamis ini mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page