top of page

SPRM Tahan Juruukur PBT

  • nabalunews
  • Jul 9, 2025
  • 1 min read

9 Julai 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang juruukur bahan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas disyaki menerima wang suapan daripada kontraktor dan pembekal.


Lelaki berusia 30-an itu dilaporkan menerima wang sebanyak lebih RM200,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek-projek kerajaan.


Perintah reman selama empat hari terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali sehingga 13 Julai depan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu kira-kira jam 7 malam tadi.


Katanya, suspek disyaki menerima wang rasuah lebih RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal melalui pelbagai transaksi sebagai habuan membantu mendapatkan projek di PBT berkenaan.


“Antaranya membabitkan pembasmian kemiskinan, pembinaan baharu rumah mesra Sabah, pembersihan pusat-pusat pembuangan sampah dan pembekalan alat-alat ganti kerajaan.

“Transaksi dipercayai berlaku antara 2021 hingga 2024 membabitkan jumlah keseluruhan melebihi RM200,000,” katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.


Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page