SPRM Tahan Pegawai Penguat Kuasa
- nabalunews
- Feb 14
- 1 min read

14 Februari 2025
KOTA KINABALU: Seorang pegawai penguatkuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Wang berkenaan dikatakan diterima daripada beberapa syarikat pengangkutan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori yang melakukan kesalahan jalan raya di sebuah daerah di negeri ini.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 8 malam tadi.
Katanya, tangkapan terhadap pegawai penguat kuasa itu adalah susulan tangkapan terhadap seorang pembantu penguat kuasa, Selasa lalu.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta wang rasuah daripada kira-kira 30 syarikat pengangkutan sejak Oktober 2023 hingga November tahun lalu.
“Suspek dipercayai menerima wang antara RM300 hingga RM3,000 secara bulanan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM100,000.
"Wang itu sebagai dorongan untuk tindakan mengambil tindakan terhadap lori-lori milik syarikat berkenaan yang melakukan kesalahan jalan raya," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 1(a) Akta SPRM 2009.
katanya, suspek dibebaskan selepas diambil keterangan dengan wang jaminan sebanyak RM20,000 dan seorang penjamin.
Comments