ST luluskan cadangan SESB, pasang stor penyimpanan tenaga melalui bateri berkapasiti 100MW
top of page
  • Wartawan Nabalu News

ST luluskan cadangan SESB, pasang stor penyimpanan tenaga melalui bateri berkapasiti 100MW


19 October 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan pemasangan sistem penyimpanan tenaga melalui bateri berkapasiti 100MW sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah catuan bekalan elektrik di Sabah.


Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau memaklumkan, perkara itu telahpun diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia.


"Kami di SESB berharap Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) akan mempertimbangkan keputusan ST tersebut secara positif demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.


"Sebagai makluman, stor penyimpanan bateri atau Battery Energy Storage System (BESS) ini akan menyimpan tenaga elektrik yang tidak digunakan semasa bukan waktu puncak (off peak load) iaitu tenaga yang tidak digunakan sekitar pukul 12.00 tengah malam hingga jam 7.00 pagi.


"Bekalan tenaga ini akan menjadi backup untuk menampung keperluan permintaan tinggi pengguna pada waktu puncak (peaking load) terutamanya pada musim cuaca panas atau atas faktor-faktor lain yang berkaitan termasuk sekiranya berlaku system breakdown," katanya.


Madius berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Bajet 2024 pada sesi Parlimen Dewan Rakyat di sini pada Selasa.


Menurutnya, beliau dan wakil-wakil rakyat dari Sabah sudah sekian lama berhujah di Dewan Rakyat bahawa Sabah adalah satu-satunya wilayah di Malaysia yang masih mengalami catuan bekalan elektrik.


"Keadaan ini berlaku kerana kapasiti penjanaan sedia ada yang rendah iaitu dengan reserve margin di bawah paras 12%. Reserve margin ini bermaksud stok tenaga elektrik untuk kegunaan semasa kecemasaan terutama apabila berlakunya system breakdown atau sekiranya berlaku permintaan yang tinggi melebihi kebiasaan dalam kalangan pengguna elektrik.


"Sehubungan dengan itu, Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia di atas keputusan meluluskan installation of 100MW capacity battery storage ini.


"Namun demikian, langkah ini adalah bersifat sementara dan tentunya tidak dapat menyelesaikan masalah reserve margin yang rendah," jelasnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page