Statistik covid Sabah tambah merisaukan dengan peningkatan kes kematian

12 September 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINBALU: Bilangan kes kematian di Sabah hari ini begitu merisaukan dengan peningkatan kes kematian sebanyak 84 kes iaitu rekod tertinggi setakat ini.
Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes kematian tersebut 18 kes di Kota Kinabalu, 14 kes di Sandakan, 10 kes di Kota Belud, sembilan kes di Penampang dan tujuh kes di Tawau.
"Empat lagi kes kematian turut direkodkan masing-masing di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas. Tiga lagi kes kematian juga dilaporkan di Tuaran, dua kes di Keningau, Putatan, Papar dan Tenom manakala Semporna, Kunak dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, jumlah kes baharu pada hari ini merekodkan menurun kepada 1,717 kes iaitu penurunan sebanyak 446 kes berbanding kelmarin.
Beliau berkata, beberapa daerah mencatatkan penurunan kes yang signifikan pada hari ini antaranya ialah Kota Kinabalu dengan 192 kes, Kota Maurudu (100 kes), Lahad Datu (99 kes), dan Putatan (64 kes).
"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 977 kes manakala, 464 kes adalah daripada saringan bergejala, 67 kes daripada saringan kluster, saringan bersasar sebanyak dua kes dan lain-lain (207 kes).
"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,026 kes, diikuti Kategori 1 pula sebanyak 557 kes, Kategori 3 sebanyak sembilan kes, Kategori 4 (11 kes) dan Kategori 5 (tujuh kes)," katanya.
Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 1,950 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 148,248 orang.
Comments