top of page

Status ADUN N.35 Melalap Akan Diumumkan Dalam Tempoh 14 Hari

  • nabalunews
  • Mar 5
  • 1 min read

5 Mac 2025


KOTA KINABALU: Status Datuk Peter Anthony sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap akan diputuskan selepas tempoh 14 hari.


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, ia akan diputuskan setelah semua peruntukkan undang-undang berkaitan dipenuhi.


Katanya, beliau mengambil maklum rayuan kes jenayah bagi Datuk Peter Anthony telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lalu.

“Dalam hal ini, perintah sabitan dan hukuman telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.


“Kerusi ini belum dikosongkan secara teknikalnya kerana di bawah peruntukkan ini ada lagi 14 hari untuk beliau mengambil tindakan perundangan dan sekiranya tiada perubahan maka secara ‘automatik’ akan dikosongkan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya, hari ini.


Menurutnya, mengikut Perkara 17(1)(e) di bawah Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana ahli yang disabitkan atas kesalahan oleh Mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai ADUN.


“Namun peruntukan itu hendaklah dibacakan bersama dengan peruntukkan lain di bawah Perlembagaan Negeri Sabah berkaitam dengan kehilangan kelayakan seorang ADUN.


“Sekiranya kerusi ini dikosongkan, tidak akan ada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana tempoh masanya kurang dari dua tahun,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page