Strategi Penskalaan PKMS Jadi Tumpuan Utama RMKe-13
- nabalunews
- Feb 18, 2025
- 2 min read

18 Februari 2025
KUALA LUMPUR: Usaha untuk menaik taraf saiz Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui strategi penskalaan PMKS bakal menjadi tumpuan utama pembangunan PMKS negara bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), 2026–2030.
Ia berikutan setiap PKS bersaiz sederhana mampu menghasilkan nilai ditambah sebanyak RM8.5 juta berbanding hanya RM0.9 juta bagi PKS bersaiz kecil dan RM0.2 juta bagi perusahaan mikro.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah meneliti empat inisiatif utama Strategi Penskalaan PKS dalam Tempoh RMKe- 13 (2026-2030) yang dibentangkan oleh SME Corp. Malaysia.
Katanya, antaranya ialah mengenal pasti sekurang-kurangnya 500 firma yang boleh menyertai program bersasar untuk penskalaan dengan 30 peratus daripadanya firma bertaraf Bumiputera.
“Kedua ialah memperkukuh program dan dasar pembangunan PKS sedia ada bagi menyokong inisiatif penskalaan dan ketiga pula adalah memastikan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Corp. Malaysia terlibat secara aktif dalam rundingan kerjasama berkaitan perjanjian dan pakatan antarabangsa (seperti CPTPP, RCEP, BIMB-Eaga, BRICS) bagi memastikan kepentingan PKS terjaga dari awal.
“Selain itu, turut dibentangkan ialah kerjasama dengan agensi berkaitan dengan pensijilan Halal bagi membantu PKS mengatasi permasalahan yang dihadapi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) berkata, KUSKOP turut berkongsi mengenai hala tuju pembangunan industri francais melalui Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030).
Katanya, DFN 2030 bertujuan mempertingkat kapasiti serta keupayaan usahawan francais dan meningkatkan sumbangan industri francais kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub francais serantau.
“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga turut berkongsi berkenaan ekosistem pembiayaan alternatif yang terdiri daripada pendanaan awam ekuiti (ECF), pembiayaan peer-to-peer (P2P), modal teroka (VC) dan ekuiti awam yang merangkumi 58 peratus daripada sumber pengumpulan dana dalam pasaran modal pada tahun 2024.
“SC turut memaklumkan berkenaan pelan hala tuju untuk meningkatkan pengumpulan dana pasaran modal kepada RM40 bilion pada tahun 2028 bagi menyokong 28,000 PMKS dan Syarikat Mid-Tier.
“KUSKOP dan SME Corp. Malaysia turut berkongsi mengenai penganjuran aktiviti sepanjang Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia iaitu Mesyuarat 19th ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME) pada 16-20 Jun 2025 di Langkawi dan 8th ASEAN Inclusive Business Forum dan ASEAN Inclusive Award Dinner pada bulan September 2025.
“Selain itu, turut dikongsi penganjuran SME Venture@ASEAN 2025 dari 16 hingga 18 Oktober 2025 di MITEC, Kuala Lumpur yang bakal menjadi salah satu acara utama bagi PKS untuk meningkatkan akses kepada pasaran terutamanya ke pasaran ASEAN,” katanya.















Banyak event seru di kabar4d, tiap hari ada yang baru. https://allodialresources.com/