top of page

Suami Isteri Edar Dadah Ditahan

  • nabalunews
  • Aug 2, 2025
  • 1 min read

2 Ogos 2025


LAHAD DATU: Sepasang suami isteri ditahan polis selepas dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan Op Tapis, di sebuah rumah di Jalan SMK Sains, Batu 8, di sini, semalam.


Penahanan pasangan berusia 39 dan 34 tahun itu susulan tangkapan seorang lelaki di Kampung Sapadulang, di sini, yang dipercayai mempunyai kaitan dalam aktiviti berkenaan.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, suspek pertama berusia 58 tahun ditahan bersama 0.17 gram syabu yang didapati mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Katanya, hasil tangkapan itu, polis kemudiannya melakukan serbuan susulan ke atas sebuah rumah dipercayai digunakan pasangan suami isteri terbabit untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah.


“Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan operasi menemui 157.54 gram syabu dianggarkan bernilai RM17,329.40 bersama pelbagai barangan dipercayai hasil daripada kegiatan berkenaan.


“Turut dirampas sebuah kenderaan, televisyen, telefon bimbit serta wang tunai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki positif methamphetamine dan amphetamine manakala isterinya negatif.


“Semua suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.


“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 12(2) akta sama,” katanya.


Sehubungan itu, Dzulbaharin menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah untuk tindakan segera.


Katanya, setiap maklumat dapat membantu pihak berkuasa membanteras jenayah dan menjaga keselamatan komuniti setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page