top of page

Sukan - Sandakan Rugby Harapan Cup 2025 Sabtu dan Ahad ini

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Sandakan Rugby Harapan Cup 2025 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Padang Ragbi Eagles Rugby Club Sandakan.
Sandakan Rugby Harapan Cup 2025 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Padang Ragbi Eagles Rugby Club Sandakan.

19 Jun 2025


SANDAKAN: Sandakan Rugby Harapan Cup 2025 anjuran Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini (21 dan 22 Jun) di padang rugbi Eagles Rugby Club (ERC), Batu 6, Sandakan.


Kejohanan itu bakal menghimpunkan pasukan ragbi berbakat dari seluruh negeri Sabah antaranya Tawau, Lahad Datu, Keningau, Kota Kinabalu, Telupid dan tuan rumah, Sandakan.


Kejohanan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dengan format 10 sebelah yang melibatkan 12 pasukan antaranya pasukan XCV Badbois, Sabah OSCA Warriors, Hunters Rugby Club, Nabawan Kalawon, Eagles Rugby Club A, Eagles Rugby Club B, Titanium RC, SS Scorpion A, Naughtyboyz RC, Bomba Hornets RC dan SAGA Kinabatangan.


Manakala kategori wanita akan menggunakan format 7 sebelah, dengan penyertaan 4 pasukan iaitu pasukan Flyers, JAVA A, JAVA B dan Kung Fu Panda.


Kejohanan itu akan bermula jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.


Sehubungan itu, Vivian mengalu-alukan seluruh warga Sandakan dan hadirin untuk sama-sama menyaksikan perlawanan itu dan memeriahkan kejohanan ini serta memberi sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing.


Menurutnya, sukan ragbi bukan sahaja menguji fizikal dan strategi tetapi juga memupuk semangat berpasukan dan daya tahan mental. 


“Penganjuran sukan seperti ini merupakan satu inisiatif untuk menyediakan lebih banyak platform kepada golongan belia bagi melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan membina jati diri yang positif.


“Sukan ialah medium penting untuk menyatukan rakyat dan menyebarkan tenaga positif." Ujarnya.


"Sandakan memerlukan lebih ramai belia yang sihat dan bertenaga bagi bersama-sama membangunkan komuniti ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page