Sukan Tahunan SK Nahaba Kali Ke-19 Berlangsung Meriah
- nabalunews
- 12 hours ago
- 1 min read

14 Februari 2026
KOTA BELUD : Kejohanan Sukan Tahunan (SK Nahaba) kali ke-19 melabuhkan tirainya pada 13 Februari 2026 selepas berlangsung meriah selama dua hari bermula 12 Februari lalu.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan di padang , yang menjadi lokasi utama penganjuran temasya sukan tersebut.
Majlis perasmian penutupan diwakili oleh Carlye Lajimin, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick.
Dalam ucapannya, beliau menyampaikan salam serta amanat daripada Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian kepada murid-murid, ibu bapa dan para guru yang hadir.
Sementara itu, Guru Besar SK Nahaba, Patrick Kandar, berkata penganjuran sukan tahunan tersebut bertujuan mencungkil bakat baharu selain menyemai semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan murid.
Menurut beliau, kejohanan kali ini merupakan hasil kerjasama erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Nahaba dalam memastikan kelancaran program.
Dalam saingan keseluruhan, Rumah Sukan Mat Salleh (Hijau) muncul juara apabila meraih 10 pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.
Tempat kedua disandang oleh Rumah Sukan Tun Razak (Merah) dengan kutipan lima emas, tujuh perak dan 12 gangsa.
Rumah Sukan Tun Fuad (Biru) pula menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat emas, tiga perak dan satu gangsa, manakala Rumah Sukan Tun Mustapha (Kuning) berada di tempat keempat selepas mengumpul tiga emas, lima perak dan lima gangsa.
Kejohanan itu bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid, malah mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat.


















Comments