Sukan Tara SK Kaung Meriah
- nabalunews
- Apr 12
- 1 min read

11 April 2025
KOTA BELUD: Sukan Tara peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud telah berlangsung dengan penuh semangat pada 10 dan 11 April 2025, bertempat di Padang Kampung Lobong. Acara ini melibatkan seramai 65 murid, 16 orang guru, serta kehadiran ibu bapa yang memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka.
Sukan Tara dianjurkan sebagai langkah persediaan dan penilaian awal bagi memilih wakil peserta dari setiap rumah sukan ke Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kaung kali ke-49, yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 April 2025. Tiga rumah sukan yang bertanding ialah Rumah Lumobui, Rumah Poluan, dan Rumah Wokokon.
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi atlet dalam kalangan murid, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kemahiran dan semangat kesukanan sebelum bersaing di peringkat kejohanan sekolah yang lebih besar.

Kehadiran ibu bapa turut menyemarakkan suasana sepanjang dua hari penganjuran, sekali gus membuktikan sokongan komuniti terhadap pembangunan sukan dan sahsiah anak-anak di peringkat sekolah rendah.
Comments