top of page

Sukaneka Kanak-Kanak Eratkan Silaturahim Komuniti Kampung Mangkulat

  • nabalunews
  • Mar 30
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


30 Mac 2026


KOTA BELUD: Program Sukaneka Kanak-Kanak anjuran Gereja Seventh Day Adventist (SDA) Daerah Podos telah berlangsung dengan meriah di Kampung Mangkulat, disertai penyertaan aktif kanak-kanak dan sokongan penuh daripada komuniti setempat.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Pemaju Mukim Risin Sikin dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, yang mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Menurut penganjur, program ini bertujuan mengeratkan silaturahim masyarakat setempat sambil memupuk semangat kesukanan, kerjasama serta perpaduan di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti sukaneka yang menyeronokkan.

Turut hadir memeriahkan acara ialah para pemimpin masyarakat, Ahli Jawatankuasa (AJK) gereja serta penduduk kampung. Sokongan mereka menjadikan program ini platform efektif untuk memperkukuh keharmonian komuniti.


Pihak penganjur turut menerima pujian atas usaha menganjurkan aktiviti bermanfaat yang memberi impak positif kepada masyarakat.

 
 
 

1 Comment


Ragdollhit
Ragdollhit
Mar 30

The game is a genuine amusement channel when it integrates rhythmic music and neon images geometry dash subzero. Additionally, the gaming experience is distinguished by the presence of unpredictable obstacles, which cause players to hold their breath.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page