Sumbangan Bahan Binaan Disampaikan Kepada Mangsa Rumah Tertimpa Pokok
- nabalunews
- Apr 24
- 1 min read

24 April 2025
KOTA BELUD: Pemaju Mukim Anichlose Kesimin, yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan simbolik berupa bahan binaan kepada keluarga yang rumah mereka tertimpa pokok di Kampung Melangkap Neriou.
Sumbangan tersebut disampaikan di perkarangan Hardware Tamu Darat. Ia bertujuan untuk membantu pembaikan rumah milik Singawon Tokuluk yang rosak teruk akibat kejadian pokok tumbang.
Penyerahan sumbangan itu diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Melangkap Neriou, Bed Jikol Sidin, yang kemudiannya akan menyerahkan bantuan berkenaan kepada keluarga yang memerlukan.
Dalam ucapan ringkasnya, Anichlose menyatakan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat bencana alam. Beliau turut berharap agar bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban keluarga Tokuluk dan membolehkan mereka membaiki kediaman dengan segera.
Bantuan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat, terutama dalam menghadapi cabaran selepas bencana alam. Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian akan terus bekerjasama dengan masyarakat setempat bagi memastikan setiap isu dan keperluan penduduk diberi perhatian sewajarnya.
Comments