Sumbangan Dana ke Konferensi Wanita Sidang Injil Borneo
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

28 Mei 2025
KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat di Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Clarence Somuil, telah mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, untuk menyampaikan sumbangan dana di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.
Sumbangan tersebut disalurkan bagi membiayai penyertaan wakil wanita dari kawasan Kadamaian ke Konferensi Wanita Sidang Injil Borneo (SIB), yang dijadual berlangsung pada pertengahan Jun 2025. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menggalakkan penglibatan aktif wanita dalam program pembangunan komuniti.
Penerima sumbangan, Puan Terisa @ Ataak Gundi, yang juga Pengerusi Persatuan Wanita Gereja SIB Penampatan Woriu, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan yang diberikan. Beliau menyatakan bahawa dana yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkasakan wanita di kawasan tersebut.
Program seperti ini merupakan satu platform penting dalam memupuk semangat perpaduan, memperkasa wanita, serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat di kawasan N11 Kadamaian.
댓글