top of page

Sumbangan Disalur Bagi Gotong-Royong Baiki Jalan ke Koperasi Pelancongan Norutipan Soborong

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

3 Februari 2026


KOTA BELUD: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian telah menyalurkan sumbangan kewangan bagi membiayai kos gotong-royong membaiki jalan menuju ke Koperasi Pelancongan Norutipan Soborong Kota Belud Berhad.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemaju Mukim, William Ginting, mewakili Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri III merangkap ADUN N11 Kadamaian, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif komuniti setempat dalam memperbaiki kemudahan infrastruktur asas yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan desa di kawasan berkenaan.


Menurut kenyataan, kerja-kerja gotong-royong membaiki jalan berkenaan dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, dengan penglibatan penduduk kampung serta ahli koperasi. Usaha ini dijangka dapat meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan, khususnya para pelawat ke destinasi pelancongan komuniti tersebut.


Sumbangan berkenaan telah diterima oleh Pengerusi Koperasi Pelancongan Norutipan Soborong Kota Belud Berhad, Sarun Lambut, dalam satu pertemuan yang diadakan di Pejabat ADUN N11 Kadamaian.


Inisiatif ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat dalam menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat melalui penglibatan aktif komuniti dan penambahbaikan infrastruktur luar bandar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page