top of page

Sumbangan Ikhlas Perkasa Budaya dan Sahsiah Pelajar SK Dudar

  • nabalunews
  • Jun 16, 2025
  • 1 min read

16 Jun 2025


KOTA BELUD: Sekolah Kebangsaan (SK) Dudar menerima sumbangan ikhlas daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, bagi menyokong pelaksanaan Program Karnival Gabungan Bahasa Kadazan Dusun (BKD) dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Tahun 2025.


Sumbangan tersebut telah disampaikan melalui Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil kepada Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Dudar, Evelyn Bonny.


Menurut Evelyn, sumbangan berkenaan akan digunakan sepenuhnya bagi keperluan menjayakan karnival dan sambutan tahunan tersebut, termasuk penyediaan hadiah bagi pertandingan berkaitan Bahasa Kadazan Dusun, jamuan, cenderamata, bahan cetakan, serta keperluan logistik yang lain.


"PIBG SK Dudar amat menghargai keprihatinan Ewon yang sentiasa menyokong inisiatif pendidikan dan pembangunan sahsiah pelajar, khususnya dalam memartabatkan budaya tempatan di peringkat sekolah," ujar beliau.


Beliau turut menjelaskan bahawa Program BKD ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan bahasa ibunda serta memperkukuh nilai-nilai budaya dan sahsiah dalam kalangan murid. Inisiatif ini juga diharapkan dapat mengukuhkan perpaduan dan kebersamaan antara pelajar, guru serta ibu bapa.


Sumbangan tersebut membuktikan komitmen berterusan pihak wakil rakyat Kadamaian dalam menyokong pembangunan pendidikan yang inklusif, merangkumi aspek akademik, budaya dan sosial secara holistik.


SK Dudar melalui program tahunan ini terus berusaha menjadi platform pengukuhan identiti dan warisan budaya masyarakat Kadazan Dusun di Sabah, sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam memperkasakan bahasa serta budaya etnik sebagai komponen penting dalam sistem pendidikan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page