Sumbangan Kaamatan Tabika KEMAS Kg. Pinolobuh
- nabalunews
- Jun 20
- 1 min read

20 Jun 2025
KOTA BELUD : Pemaju Mukim Anichlose Kesimin dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.11 Kadamaian, dalam satu majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Pejabat ADUN Kadamaian, kelmarin.
Sumbangan tersebut telah disalurkan kepada Tabika KEMAS Kampung Pinolobuh melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menyokong pelaksanaan sambutan Pesta Kaamatan Tabika berkenaan. Bantuan yang diberikan merangkumi pembelian hamper, hadiah cabutan bertuah serta penyediaan makanan.
Pengerusi PIBG Tabika KEMAS Kg. Pinolobuh, Encik Josni Mandalis yang mewakili pihak penerima, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan daripada wakil rakyat dan UPPM dalam menjayakan program pendidikan awal kanak-kanak di kawasan tersebut.
Antara pengisian menarik sempena sambutan Kaamatan itu termasuklah sukaneka, cabutan tiket bertuah, serta jamuan makan bersama komuniti setempat.
Comments