top of page

Sumbangan Kerusi Panjang Perkukuh Kemudahan Gereja SIB Kampung Pinasang

  • nabalunews
  • 31 minutes ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


6 Mac 2026


KOTA BELUD: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian hari ini menyampaikan sumbangan peralatan gereja berupa 10 buah kerusi panjang kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Pinasang Tamu Darat, sebagai usaha menyokong keperluan kemudahan rumah ibadat di kawasan berkenaan.


Sumbangan tersebut disampaikan bagi mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam satu majlis penyerahan ringkas yang diadakan di perkarangan Pejabat ADUN Kadamaian.


Wakil penerima sumbangan, Alvin Depillar, merakamkan penghargaan atas keprihatinan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian yang sentiasa memberi sokongan kepada komuniti setempat, termasuk dalam memenuhi keperluan kemudahan gereja di kampung tersebut.


Beliau berkata, sumbangan kerusi panjang itu akan dimanfaatkan oleh para jemaat Gereja SIB Kampung Pinasang Tamu Darat bagi meningkatkan keselesaan ketika menjalankan aktiviti keagamaan serta perhimpunan komuniti pada masa hadapan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page