top of page

Sumbangan Kewangan Disalurkan kepada PEMADAM Kota Belud

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


4 Mac 2026


KOTA BELUD: Pegawai Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Joel Ewel Deukin, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, dalam majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dari Pejabat Daerah Kota Belud.


Sumbangan tersebut disampaikan kepada wakil penerima, Aminah Baktiar, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Pejabat ADUN Kadamaian.


Bantuan kewangan ini bertujuan menyokong kos aktiviti persatuan, terutamanya program-program kesedaran dan pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti.


Menurut Joel, sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak kepimpinan kawasan dalam memperkasakan usaha pencegahan gejala sosial, sejajar dengan peranan PEMADAM sebagai rakan strategik kerajaan dalam mendidik masyarakat mengenai bahaya dadah.


Beliau turut memaklumkan bahawa penyaluran peruntukan ini adalah selaras dengan garis panduan serta surat pekeliling yang dilampirkan, bagi memastikan setiap perbelanjaan dilaksanakan secara teratur, telus dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page