Sumbangan paip air ringankan beban penduduk Kampung Lahanas
- nabalunews
- Aug 4, 2025
- 1 min read

4 Ogos 2025
KOTA BELUD: Penduduk Kampung Lahanas, khususnya di kawasan Tahum, menerima sumbangan 20 batang paip air yang dijangka dapat membantu melancarkan sistem bekalan air bersih di kampung tersebut.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Paip bersaiz 4 inci sepanjang 20 kaki setiap satu itu merupakan keperluan penting bagi kerja-kerja tedahan dan pengaliran air ke kawasan yang memerlukan.
Penerima sumbangan, Mairy Ajum, yang mewakili komuniti kampung menyatakan penghargaan kepada pihak menteri dan wakil beliau atas keprihatinan terhadap keperluan asas penduduk luar bandar.
Majlis penyerahan berlangsung di Hardware Tamu Darat, disaksikan oleh beberapa wakil penduduk dan komuniti setempat.















Comments