Sumbangan RM10,000 Kepada Gereja SIB Lobong-Lobong Bantu Pelbagai Program Jemaat
- nabalunews
- 21 minutes ago
- 1 min read

14 September 2025
KOTA BELUD: Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Lobong-Lobong, Kota Belud telah menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian.
Sumbangan tersebut adalah hasil permohonan pihak gereja bagi melaksanakan pelbagai program keagamaan melibatkan Persekutuan Wira, Persekutuan Wanita, dan jemaat gereja.
Penyerahan dana tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Saudin Bin Selinuh, kepada Pengerusi Gereja SIB Lobong-Lobong, Encik Guido Ajui, pada 14 September 2025. Majlis ringkas penyerahan berlangsung di perkarangan gereja disaksikan oleh ahli jemaat dan penduduk setempat.
Encik Guido Ajui dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan Datuk Ewon dalam menyokong perkembangan gereja dan komuniti Kristian di kawasan luar bandar. Menurut beliau, sumbangan ini amat bermakna bagi memperkasakan pelaksanaan aktiviti rohani dan sosial gereja secara berterusan.
“Bagi pihak Gereja SIB Lobong-Lobong, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick atas pelayanannya terhadap umat Kristian, khususnya di kawasan DUN Kadamaian. Sumbangan ini membuktikan komitmen beliau dalam menjalin kerjasama erat bersama komuniti pelbagai agama,” katanya.