top of page

Sumbangan RM5,000 dan RM2,500 kepada Mangsa Kebakaran

  • nabalunews
  • Apr 2
  • 1 min read


1 April 2025


SUBANG JAYA: Semua pemilik rumah yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas PETRONAS di Putra Heights di sini, hari ini, akan menerima bantuan segera.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kediaman yang rosak teruk manakala RM2,500 kepada mereka yang sedikit terjejas.


Katanya, kerajaan dan Petronas serta kerajaan negeri akan mengambil tanggungjawab untuk memulihkan kawasan perumahan berkenaan


“Untuk langkah segera dalam satu atau dua hari ini, PETRONAS dan kalau perlu Kerajaan Persekutuan akan lihat keperluan menambah (bantuan), bagi rumah yang rosak sepenuhnya itu diberikan RM5,000 segera.


"Ini supaya mereka dapat belanja sementara dan yang mana terkesan itu, bantuan itu RM2,500," katanya.


Difahamkan, sehingga 3.40 petang tadi, sebanyak 190 unit rumah, 148 kereta, serta 11 motosikal dilaporkan rosak dalam insiden berkenaan.


Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.15 pagi itu tidak membabitkan sebarang kematian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Комментарии


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page